Kursus Komputer Anjuran Biro Rekreasi dan Rakan Muda

komp1Alhamdulillah pada 21 Disember 2008, biro rakan muda dan rekreasi MJTSAW telah mengadakan kursus komputer dengan kerjasama Jabatan Penerapan Nilai-nilai Islam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM. Kursus telah diadakan dalam dua modul. Modul 1 yang diberi tajuk “Buat Blog dan Bukan GOBLOG”telah dikendalikan dengan jayanya oleh Tuan Hj Zulkifli Khair pada sebelah pagi. Pada sesi petangnya, Modul 2 yang bertajuk “Menggunakan Perisian Friendster Untuk Tujuan Social Netwoking” oleh Sdra Umayr Ainullotfi. Kedua-dua modul ini telah diadakan di makmal komputer UTM.

dscn4366Walaupun pada mulanya ada sedikit masaalah teknikal tapi selepas berhempas pulas akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya walaupun peserta kena kongsi satu komputer untuk dua orang pada akhirnya. Terima kasih kepada Tn Hj Zulkifli Khair dan Sdra Umayr Ainullotfi yang telah berjaya menjadi fasi dengan meladeni sekurang-kurangnya 32 kanak-kanak dan remaja, Tn Hj Zulkifli Khair juga ada mencatatkan program ini dalam blog beliau di link berikut: http://ideamenulis.wordpress.com/2008/12/22/buat-blog-bukan-goblog/

Terima kasih kepada semua peserta, terima kasih juga kepada FKE, UTM dan semua yang telah memberi sumbangan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Akhirnya, berbanyak-banyak terima kasih kepada Tn Hj Kamal yang menjadi Pengurus Program yang berjaya yang telah meluangkan banyak masa dan tenaga untuk mempastikan program ini berjaya. Semoga usaha kerdil ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kepada semua yang terlibat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s