Kuliah Subuh Setiap AHAD

scan00011 scan00022

Syarahan Kitab:

Bidayah Al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah

Karangan:

Al-Imam Huja’tul Islam Abu Hamid Al-Ghazali

Oleh:

Ustaz Rifqi Maidin

Semua muslimin dan muslimat dijemput memanfaatkan majlis ilmu ini…..

 

Kitab Bidayah Al-Hidayah ini merupakan ringkasan atau pati kepada kitab ihya-ulumuddin dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manafaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragui lagi.

Apabila kita pelajari kitab ini dengan teliti, kita akan dapat merasakan bahawa Imam Al-Ghazali r.a. telah bercakap kepada murid-muridnya atau sesiapa sahaja yang mempelajari kitabnya, dengan hati yang penuh kasih sayang dan belas kasihan. Di dalam kitab ini juga Imam Al-Ghazali r.a menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan setiap hari dan adab-adab untuk melaksanakan amal ibadah, supaya ibadah tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan kesan yang mendalam.

Oleh itu, kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seorang muslim yang mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat hidupnya.

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.