Program Sambutan Maulidur Rasul SAW MJTSAW 1430H

Insya Allah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid akan mengadakan program sambutan Maulidur Rasul SAW 1430H pada 8 dan 9hb Mac 2009 (Ahad & Isnin) bersamaan 11 dan 12 Rabiulawal 1430H.

Berbagai-bagai aktiviti akan diadakan seperti forum perdana, perarakan, perlawanan sukan (takraw, pingpong, badminton, futsal, catur, dan karom), pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan, jamuan dan banyak lagi..Tuan/puan adalah amat dialu-alukan untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini.

Tujuan MJTSAW mengadakan program ini ialah untuk kita sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad SAW disamping untuk mengukuhkan ukhuwwah antara masyarakat Islam setempat. Seterusnya melalui program seumpama ini, MJTSAW mengharapkan kita dapat lebih kenal-mengenali antara satu sama lain..

Untuk menjayakan program ini, MJTSAW mengalu-alukan sumbangan wang atau barangan daripada tuan/puan. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke dalam tabung khas yang disediakan di masjid atau boleh disampaikan melalui mana-mana AJK Masjid, atau Staf Masjid.

Maklumat lanjut aktiviti (seperti sukan dll) boleh didapati di papan kenyataan masjid atau hubungi AJK masjid.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.