Al-Ikhsan Komited Bangunkan Modal Insan

oleh
Zulkifli Khair
http://www.malaysiaharmoni.com/

JOHOR BAHRU, 15 Mei – Saban pagi Jumaat, semua pekerja Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) di Johor diprogramkan dengan pengisian agama. Masa yang diperuntukkan hanya sejam, iaitu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi.

Program mingguan santapan rohani itu bertempat di Dewan Seminar, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid atau lebih dikenali Masjid Taman Universiti. Ia sudah pun dianjurkan sejak lebih dua tahun lalu.

Ini membuktikan bahawa Al-Ikhsan terus komited dalam membangunkan modal insan dalam acuan Islam selari dengan komitmen memajukan perniagaan. Rabu lalu, Al-Ikhsan terus mengembangkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan kedai ke-58 di Jalan Kelawei, Pulau Pinang.

“Program ini memang berkesan. Terdapat kesedaran hubungan dengan Tuhan (dalam kalangan pekerja),” kata Pengurus Warehouse, Encik Azmi Khan.

Beliau juga bersetuju apabila dikatakan ada peningkatan disiplin dan mutu kerja hasil daripada program keagamaan begini.

Sewajarnya, Al-Ikhsan (boleh anda lawati laman webnya di http://www.al-ikhsan.com) dicontohi bukan sekadar sebagai syarikat bumiputera yang berjaya, namun juga dari konteks pembangunan modal insan khususnya dalam acuan agama dan landasan wahyu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s