Ekspedisi Mencandat Sotong

BIRO RAKAN MUDA DAN REKREASI Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid telah berjaya mengadakan satu ekspedisi mencandat sotong di Terengganu pada 15-16 Mei 2009 yang lepas. Seramai 8 orang AJK Biro dan ahli kariah masjid telah menyertai ekspedisi ini dengan menaiki dua buah MPV, bertolak daripada Skudai JB pada jam 12:30 pagi pada hari Jumaat 15 Mei 2009 dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 8.30 pagi. Selepas mengambil sarapan pagi nasi dagang di Cendering Kuala Terengganu, kami telah mengambil peluang mengunjungi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu sebelum menaiki bot ke destinasi mencandat sotong di sekitar Pulau Kapas yang dijadualkan pada pukul 5:00 petang. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi ialah kilang batik/sutera di Kampong Pulau Rusa, Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan menikmati masakan laut goreng tepung di Pantai Batu Rakit.

DSCN5201a

SARAPAN nasi dagang di restoran nasi dagang no.2 popular di Terengganu (restoran no.1 tutup).....

Perjalanan dengan bot ke destinasi lubuk sotong mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sebaik sampai di lokasi yang telah dikenalpasti, kami terus memulakan aktiviti mencandat dan berpindah daripada satu lokasi ke lokasi yang baru. Suasana di laut seperti pesta lampu yang dipancarkan daripada bot-bot yang berlabuh tidak jauh antara satu sama lain. Riuh rendah kedengaran bunyi sorakan kegembiraan apabila dapat menaikkan sotong. Alhamdulillah kami telah berjaya menaikkan sotong sebanyak 40kg dan selamat mendarat kembali di Jeti LKIM Cendering pada jam 9:30 pagi setelah 15 jam berada di lautan. Sebelum bertolak pulang ke Skudai, kami tidak melepaskan peluang menjamu selera dengan keropok lekor Pantai Kelulut, membeli keropok kering di Marang, menikmati kuih-muih tradisional Terengganu di Pasar Pekan Cabang Tiga dan mengunjungi gudang batik Desa Murni di Pekan Pengadang Baru. Kami juga sempat singgah menikmati udara pantai di Monica Bay Kemaman dalam perjalanan pulang ke JB. Kami sampai di Skudai tepat jam 12 tengah malam Sabtu 16 Mei 2009.

SEBELUM bertolak ke lokasi sotong..... Kami bertuah mendapat khidmat tekong berpengalaman En.Jalil yang membawa kami ke lokasi-lokasi lubuk sotong dengan bantuan GPS dan networking nelayan beliau.

SEBELUM bertolak ke lokasi sotong..... Kami bertuah mendapat khidmat tekong berpengalaman En.Jalil yang membawa kami ke lokasi-lokasi lubuk sotong dengan bantuan GPS dan networking nelayan beliau.

SOTONG pertama yang berjaya kami naikkan.... yang panjangnya lebih daripada 1.5kaki.

SOTONG pertama yang berjaya kami naikkan.... yang panjangnya lebih daripada 1.5kaki.

BERGAMBAR bersama-sama hasil tangkapan sebelum meninggalkan jeti Cendering......

BERGAMBAR bersama-sama hasil tangkapan sebelum meninggalkan jeti Cendering......

 

Peluang bermusafir bersama selama 2hari 2malam ini telah kami gunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan ukhuwwah, bertukar-tukar maklumat semasa disamping berbincang pelbagai aktiviti Biro yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2009 ini. InsyaAllah program mencandat sotong ini akan diperluaskan lagi pada tahun hadapan dengan menjemput lebih ramai ahli kariah untuk menyertainya.

Anda boleh klik di sini untuk melihat koleksi foto Ekspedisi Mencandat Sotong dan juga di sini

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s