Piala Tun Sri Lanang Ke Johor Bahru

Kami warga Johor Bahru turut merasa bangga dengan kejayaan ANDA.

A Zaid Omar (http://www.malaysiaharmoni.com/)

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Pasukan pendebat Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru muncul juara dan naib juara, masing-masing dalam kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 baru-baru ini. Pertandingan anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia itu menyaksikan SMIH membawa pulang Piala Tun Sri Lanang yang menjadi rebutan kategori bahasa Melayu.

Kejayaan SMIH ini cukup bersejarah kerana belum pernah sebuah sekolah memenangi Juara dan Naib Juara bagi kedua-dua kategori pada tahun yang sama.

Pertandingan debat berprestij ini menemukan semua jenis sekolah di Malaysia, sama ada sekolah menengah harian, sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains MARA, sekolah menengah sains, sekolah menengah integrasi, sekolah menengah agama dan sekolah menengah swasta.

Wajah ceria para guru dan pelajar SMIH ketika menyambut kepulangan pasukan pendebat dan Piala Tun Sri Lanang ke SMIH, Johor Bahru

Dalam pertandingan peringkat akhir kategori bahasa Melayu, SMIH telah muncul juara setelah mengalahkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Pasukan pendebat bahasa Inggeris SMIH pula menjadi naib juara apabila mereka tewas di tangan SMK Green Road, Sarawak.

Sahsiah

Menurut Pengetua SMIH, Kamaliah Noordin (gambar), penyertaan SMIH dalam pertandingan ini merupakan usaha untuk mendidik bakat kepemimpinan, sahsiah serta penguasaan terhadap ilmu dan isu semasa dalam kalangan pelajar secara praktikal.

“Kami berharap pelajar-pelajar ini dapat melakukan yang terbaik dan dapat membawa diri dengan baik, kerana mereka merupakan wakil atau contoh pelajar-pelajar SMIH yang kita tampilkan kepada dunia, untuk dinilai sejauh mana kekuatan sistem pendidikan yang didukungi oleh SMIH,” ujar beliau.

Laluan sengit telah ditempuhi oleh SMIH untuk memasuki peringkat akhir. Mereka terpaksa bertemu dan mengalahkan beberapa sekolah ternama dalam arena perdebatan peringkat sekolah-sekolah, seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Tentera Diraja (RMC), Kolej Tunku Khursiah (TKC), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Jasin serta juara tahun lalu SM Agama Persekutuan, Kajang.

SMIH adalah sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan pada tahun 1995. Sebelum kewujudan SMIH, Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1989 yang menjadi penyalur utama pelajar ke SMIH.

Kedua-dua sekolah ditubuhkan oleh sekumpulan pendidik yang meyakini bahawa penawaran sistem pendidikan holistik dan bersepadu adalah satu tanggungjawab sosial. Walaupun beroperasi sebagai sebuah sekolah swasta, pendidikan yang ditawarkan oleh SRIH dan SMIH tidak berorientasikan keuntungan.

Para penggerak sekolah-sekolah ini mewujudkan sistem yang bersifat perkongsian antara ibu bapa, penduduk tempatan dan pentadbiran sekolah bagi menyediakan pendidikan holistik yang merangkumi pembelajaran akademik dan agama serta pembinaan sahsiah dan kepemimpinan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola SMIH, Prof Noor Azlan Ahmad Zanzali mengungkapkan falsafah utama yang mendasari sistem pendidikan di SMIH. Menurutnya, “SMIH bukan sekadar mahu menjadi sebuah sekolah agama, tetapi sebuah sekolah Islam mithali sebagai model kepada Sistem Pendidikan Islam yang Unggul. Oleh itu integrasi kecemerlangan akademik, kemantapan akhlak, keutuhan sahsiah dan ketrampilan kepemimpinan tidak boleh dikompromi.”

Pendebat Bahasa Melayu SMIH beraksi ketika bertemu STAR di Peringkat Akhir. Dari Kanan Eli Syazwani, Nur Iilyana Zakaria & Ilham Nasharudin

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s