Program Gotong Royong Anjuran Bersama Surau Ehsan & KRT Jalan Perubatan , Taman Universiti

AHAD 29 Jamadil Awal 1430H / 24 Mei 2009, SURAU EHSAN dan KRT Jalan Perubatan telah menganjurkan aktiviti dan program gotong royong dalam usaha untuk mengeratkan lagi ikatan siratulrahim dan semangat kejiranan di antara penduduk setempat. Surau Ehsan adalah salah sebuah surau yang berada dibawah naungan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti. Program telah dirasmikan oleh En Hassan Bin Haji Sabudin, ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Zon Taman Universiti dan telah mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat Islam setempat termasuk anak-anak, remaja,  kaum ibu dan golongan bapa. 

BERTA'ARUF dan menikmati sarapan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong

BERTA'ARUF dan menikmati sarapan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong

REMAJA CONTOH.. sama-sama mengambil bahagian menceriakan dalaman surau

REMAJA CONTOH.. sama-sama mengambil bahagian menceriakan dalaman surau

SEMANGAT KERJASAMA..ape yang penting, kerjasama. Ape yang penting, kerjasama.

SEMANGAT KERJASAMA..ape yang penting, kerjasama. Ape yang penting, kerjasama.

Pihak masjid ingin mengucapkan tahniah kepada semua penduduk Jalan Perubatan, Taman Universiti yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung, khasnya kepada Pengarah Program En Rahmat, Pengerusi KRT Jalan Perubatan ,Tn Hj Saimi Bin Yaakob, Pengerusi Surau En. Sulaiman dan semua barisan AJKnya. Program seumpama ini sepatutnya menjadi contoh kepada surau-surau yang lain di masa akan datang, insyaAllah.
Klik di sini untuk melihat koleksi foto gotong-royong

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s