Laporan Bergambar Ceramah Israk Mikraj

25 Rejab 1430 bersamaan 18 Julai 2009: Alhamdulillah MJTSAW telah berjaya mengadakan program ceramah memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang telah berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Israk Mikraj ialah perjalanan Rasullullah SAW  dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Ceramah telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Al-Ustaz Hanafiah Abdul Razak  daripada Jabatan Mufti Negeri Johor. Seramai lebih kurang 500 orang telah menghadiri majlis ini yang bermula dengan solat maghrib berjamah dan disudahi dengan jamuan makan malam sebaik selesai solat isyak. Dalam ceramahnya selama 45 minit ini, Al-Ustaz banyak menekankan pengajaran-pengajaran penting daripada peristiwa besar kerasulan Nabi Muhammad SAW dan mengharapkan semoga ia menjadi suatu peringatan yang akan menambah keimanan kita kepada Allah SWT.

DSCN5352a

DSCN5349a

DSCN5358a

DSCN5359a

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s