Saudara Zaiman: Revert Terbaru yang sempat di sempurnakan dengan kerjasama ROSE

DSC_1978

oleh: Kamal Khalil@ ROSE Johor Bahru

Saudara Vignes atau nama islamnya Zaiman bin Abdullah telah berjaya melafazkan Syahadatain beliau di hadapan pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid sekitar jam 9.30 malam (selepas solat isya’) pada 2  Ogos yang lepas.

Saudara  Zaiman bin Abdullah berumur sekitar 23 tahun yang berasal dari Pulau Pinang telah bersetuju mengucap dua kalimah syahadah sebulan yang lepas tetapi tidak ada siapa yang sudi membawa beliau ke masjid pada masa tersebut.  Tapi hasil usaha jiran wanita yang tinggal berdekatan dengan rumah beliau (saya lupa nama jiran beliau) telah bersetuju membawa Saudara Zaiman ke Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid untuk di Islamkan semalam.  

Walaupun masa yang diberi agak suntuk kepada ROSE tetapi alhamdulillah ROSE berjaya menyediakan cenderahati berupa sejadah, Al-Quran, tasbih, buku cara solat, dan beberapa perkara lain.

Moga Allah permudahkan urusan Saudara Zaiman bin Abdullah, dan jiran beliau di atas dalam meladeni Zaiman.

Terima kasih kepada semua yang telah melayan Saudara Zaiman dengan mesra dan saya mengharap Allah memudahkan urusan semua mereka yang menjayakan proses pengislaman Saudara Zaiman.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s