Majlis Tahlil, Yasin Berkelompok dan Solat Hajat 1430H

DSCN5384a

DSCN5388a

DSCN5405a

Khamis 13 Ogos 2009 (22 Syaaban 1430H) Lebih 1000 orang penduduk sekitar Taman Universiti hadir dalam Majlis Tahlil, Yasin Berkelompok dan Solat Hajat yang telah diadakan di MJTSAW malam tadi. ADUN Nusajaya YB. Dato’ Hj. Abdul Aziz bin Hj. Sapian dan beberapa orang pegawai pejabat DUN Nusajaya turut bersama-sama meraikan majlis tersebut. Majlis tahunan anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan dan Biro HELWA ini dijayakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2.   Sebanyak 120 buah keluarga dan orang perseorangan telah menyertai dan menaja jamuan makan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis En. Aris Md Anang, solat maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil, solat isyak, solat hajat berjemaah yang dipimpin oleh gandingan Ustaz Rifki, Imam Zulhazam dan Tuan Haji Sairaji. Majlis bersurai pada jam 9:30 malam selepas menikmati hidangan nasi beriani dulang. Disamping dapat menghimpunkan penduduk setempat dalam semangat ukhuwwah Islamiah, secara khusus majlis ini diadakan adalah bertujuan 1) Bacaan Yasin, tahlil dan wirid sampai kepada arwah-arwah al-marhum yang telah pergi mendahului kita, semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang salih, 2) Bacaan-bacaan ini diniatkan sebagai penerang hati dan pelembut jiwa anak-anak terutamanya untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM, dan 3) Bacaan Yasin dan tahlil diniatkan menjadi penyekat kepada tersebarnya wabak penyakit khasnya H1N1 dan juga pelindung kepada segala bala dan ujian.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s