Ceramah Remaja.. Mencari Kemanisan Ramadhan

Antara yang hadir.....

Antara yang hadir.....

Adik Muhamad Effendi, 18 tahun berjaya menarik perhatian rakan seusianya....

Adik Muhamad Effendi, 18 tahun berjaya menarik perhatian rakan seusianya....

TEKUN mendengar....nasihat-nasihat yang sangat relevan dengan remaja sebagai bekalan mencari kemanisan Ramadhan. Ceramah ini sepatutnya dimanfaatkan oleh lebih ramai remaja yang tinggal sekitar Tmn Univ. Tetapi ke mana mereka?

TEKUN mendengar....nasihat-nasihat yang sangat relevan dengan remaja sebagai bekalan mencari kemanisan Ramadhan. Ceramah ini sepatutnya dimanfaatkan oleh lebih ramai remaja yang tinggal sekitar Tmn Univ. Tetapi ke mana mereka?

SELEPAS CERAMAH... buah tangan kepada yang hadir. Ilmu dapat dan perut pun ada habuannya. Rugi kepada yang tidak hadir....

SELEPAS CERAMAH... buah tangan kepada yang hadir. Ilmu dapat dan perut pun ada habuannya juga. Rugi kepada yang tidak hadir....

SABTU 15 Ogos (24 Syaaban 1430H) Lebih kurang 60 orang kanak-kanak dan remaja telah hadir mendengar ceramah khas sempena menyambut kedatangan Ramadhan 1430H beberapa hari lagi yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar MJTSAW. Ceramah bertajuk Mencari Kemanisan Ramadhan telah disampaikan oleh Adik Muhamad Effendi Mahazir, remaja ahli kariah MJTSAW.

Banyak tips-tips penting berdasarkan Al-Q dan hadis yang sangat berkaitan dengan remaja khasnya yang telah disampaikan oleh penceramah sebagai bekalan mencari kemanisan Ramadhan yang hampir tiba ini. Walaupun pihak penganjur, Biro Rakan Muda telah membuat pelbagai hebahan dan juga menghantar surat-surat jemputan ke lapan buah sekolah yang berada di sekitar masjid tetapi sambutan masih di bawah sasaran. Ini adalah satu kerugian kerana program ceramah ini sepatutnya dihadiri oleh semua remaja di sekitar MJTSAW. Ibubapa yang perihatin diminta memberi sokongan kepada program-program remaja yang dianjurkan oleh masjid supaya anak-anak kita masyarakat Taman Universiti menjadi orang yang dilengkapi dengan ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Dengan itu masyarakat kita di Taman Universiti khasnya akan terselamat daripada masalah-masalah yang melanda remaja masakini, insyaAllah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s