Bubur Lambuk

Laporan dan foto oleh Hazreen

DSCN5479aAhad 2 Ramadhan, Program bubur lambuk sudah menjadi aktiviti tahunan MJTSAW sepanjang bulan Ramadhan. Pada Ramadhan 1430H ini, MJTSAW menyediakan 3 periuk besar bubur lambuk setiap hari secara gotong-royong yang bermula seawal 9 pagi dan diketuai oleh chef MJTSAW, Chef Hj. Ani (gambar kanan, berbaju melayu). Bubur lambuk MJTSAW memang lazat dan menjadi juadah berbuka puasa kegemaran ramai terutamanya bagi penduduk Taman Universiti dan juga taman-taman perumahan sekitarnya. Biasanya 500-600 bungkusan disediakan dan mula diagihkan selepas solat asar (hari kerja) atau tazkirah Ramadhan (hari minggu);  dan biasanya agihan selesai dalam masa hanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja disebabkan oleh sambutan daripada pengemar bubur lambuk MJTSAW yang amat menggalakkan.DSCN5487a

Menurut En. Mazlan, pengerusi Biro Kebajikan, Kebudayaan dan Sosial (gambar kanan berbaju-T biru) MJTSAW membelanjakan lebihkurang RM1000 setiap hari untuk menyediakan bubur lambuk ini melalui sumbangan orangramai. MJTSAW menyediakan tabung khas bubur lambuk dan orangramai boleh menghulurkan sumbangan mereka pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadhan. Beliau mengharapkan lebih ramai yang tampil menghulur sumbangan kewangan, bahan-bahan mentah seperti beras dan daging dan juga sumbangan tenaga untuk menjayakan program ini. Beliau juga menjemput semua orang Islam tidak kira samada penduduk Taman Universiti atau bukan penduduk Islam di sini untuk sama-sama menikmati bubur lambuk yang disediakan.
DSCN5484aKlik di sini untuk ke koleksi foto gotong-royong penyediaan bubur lambuk

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s