Bicara Pelajar Cemerlang (BPC), Siri 1

PENGALAMAN BELAJAR DI LUAR NEGARA

Alhamdulillah seramai lebihkurang 30 orang pelajar sekolah menengah telah menghadiri forum setengah hari perkongsian pengalaman belajar di luar negara pada 23 Ogos 2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430H lepas di bilik perpustakaan MJTSAW. Ahli panel forum terdiri daripada Ammar Shahrin (pelajar kejuruteraan elektronik Univ of Seoul), Azam Ghazali (pelajar perubatan Mesir) dan Aziz Farid (pelajar perubatan Indonesia). Banyak peristiwa-peristiwa manis, gaya hidup masyarakat, tips belajar dan sebagainya telah dikongsikan sebagai bekalan dan panduan kepada yang hadir untuk memilih institut pengajian tinggi yang sesuai dengan kelayakan dan minat mereka. Setiap negara mempunyai budaya dan keistimewaan tersendiri, dan cabaran dan ujian di negara orang tentu ada pengajaran yang dapat diambil sebagai bekalan hidup. Asas-asas agama perlu ada untuk terus istiqomah dengan cara hidup Islam terutama apabila berada di negara-negara minoriti Islam seperti Korea.  Banyak perkara yang dapat dipelajari daripada komuniti Mesir yang kaya dengan peninggalan sejarah itu. Tidak sama apa yang sesetengah pandang tentang institusi-institusi pengajian tinggi di Indonesia, sebenarnya Indonesia adalah hebat dari segi kualiti pengajian tinggi mereka dan sepatutnya menjadi pilihan kita jika faktor kos perlu dipertimbangkan.

Jangan lupa menghadiri siri ke-2 BPC… tunggu iklannya nanti

Ammar Shahrin... menceritakan tentang U of Seoul dan juga sedikit perbandingan dengan Jepun. Beliau kerap ke Jepun kerana jaraknya adalah dekat

Ammar Shahrin... bercerita tentang U of Seoul dan juga sedikit perbandingan dengan Jepun. Beliau kerap ke Jepun kerana jaraknya adalah dekat.

Tiga ahli panel.. dari kiri Aziz, Azzam dan Ammar

Tiga ahli panel.. dari kiri Aziz, Azzam dan Ammar

Azzam... berkongsi belajar perubatan di Mesir

Azzam... berkongsi belajar perubatan di Mesir

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s