Solat Tarawih bersama Imam Sheikh Karem Al-Hariri (Mesir)

DSCN5574a

DSCN5589a

Alhamdulillah sepertimana yang telah diwar-warkan sebelum ini, pada 4 Sept 2009 lalu, MJTSAW telah menerima kunjungan Sheikh Karem Radzi Abdul Zahir Al-Hariri dan rombongannya. Sheikh Karem ialah Qari stesyen TV dan Radio Kerajaan Mesir dan pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Al-Azhar Al-Shariff. Mereka dalam rangka lawatan ke masjid-masjid terpilih seluruh Malaysia dan alhamdulillah MJTSAW ialah salah satu masjid di dalam senarai kunjungan mereka. Mereka telah berbuka puasa bersama-sama di masjid ini, menjadi imam solat maghrib, isyak dan seterusnya solat tarawih. Dianggarkan lebih daripada 1000 orang telah hadir bersolat tarawih bersama dan kemudian mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dengan beliau (gambar). Difahamkan kunjungan mereka adalah melalui tajaan syarikat al-Tasneem dengan kerjasama SPK, Haseenah Foundation dan JAKIM. Mereka juga mengedarkan cenderahati CD Quran Sheikh Karem Al-Hariri dan wirid selepas solat kepada semua jemaah sebelum berpisah. (Oleh kerana bilangan jemaah di luar jangkaan mereka, CD yang mereka bawa tidak mencukupi tetapi mereka berjanji akan menghantar lagi ke masjid melalui pos. Para jemaah boleh mendapatkannya apabila CD tersebut telah sampai). Klik di sini untuk koleksi gambar sepanjang kunjungan tersebut.

scan0001scan0002

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s