Anugerah Masjid Cemerlang 2009 Peringkat Daerah Johor Bahru

TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!

Alhamdulillah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid telah dipilih sebagai Masjid Cemerlang Daerah Johor Bahru bagi tahun 2009. Tahniah kepada semua penduduk Islam Taman Universiti dan ahli kariah MJTSAW di atas kejayaan ini.

Kita bersyukur kepada Allah SWT dengan pengiktirafan yang telah diberikan ini. Marilah kita terjemahkan kesyukuran kita dengan berusaha dengan lebih gigih lagi mengerakkan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid. Harapan kami barisan pengurusan masjid supaya semua penduduk Islam Taman Universiti dapat menghayati dan bergerak bersama-sama menjayakan misi masjid cemerlang ini.  Masjid kita telah dipilihkan kerana berjaya melaksanakan peranan masjid yang sebenar yang bukan sekadar sebagai tempat  ibadah solat berjemaah sahaja malah ia adalah pusat segala aktiviti harian ummat Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini adalah usaha tuan/puan semua selama ini.

Untuk mempastikan masjid kita terus cemerlang, amalan berkongsi idea dan berkongsi pandangan ke arah menghidupkan aktiviti-aktiviti masjid hendaklah kita terus suburkan. Persefahaman dan permuafakatan yang telah kita bina  selama ini hendaklah kita jaga dan perkukuhkan. Kesedaran tentang aspek keselesaan jemaah, kebersihan dan keselamatan yang kita amalkan selama ini,  juga perlu dijaga dan ditingkatkan lagi supaya masjid kita terus cemerlang.

Akhir kata, tanggungjawab pengimarahan masjid adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah kita saling ingat-mengingati antara kita tentang tanggungjawab ini supaya seluruh ahli keluarga, anak-anak remaja, jiran-jiran, kawan-kawan dan masyarakat Islam Taman Universiti khasnya, diberi Allah SWT hati yang sentiasa dekat kepada masjid, menjadi masyarakat yang cintakan masjid yang akan menjayakan misi Masjid Cemerlang ini. Semoga masjid kita sentiasa Cemerlang di sisi Allah SWT jua.

Sekali lagi TAHNIAH untuk  semua!!!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s