Program Korban 1430H

Alhamdulillah sebanyak 16 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah selamat disembelih dan diagihkan sempena program korban 1430H Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid pada hari ini 11 Zulhijjah 1430H. Ia melibatkan 115 peserta daripada kalangan ahli kariah masjid ini. Manakala secara keseluruhannya sebanyak 45 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah disembelih di sekitar Taman Universiti sempena Hari Raya Korban tahun ini melibatkan semua surau di bawah naungan masjid.

Di masjid, lebih daripada 100 orang petugas sukarela terlibat menumbang dan melapah lembu seterusnya mengagih daging-daging kepada ahli kariah. Mereka dibahagikan kepada pasukan-pasukan yang terdiri daripada 5 orang satu pasukan yang mana setiap pasukan  bertanggongjawab hanya kepada satu ekor lembu sahaja sehingga selesai.

Pada hari raya pertama, sebanyak 4 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah disembelih. Manakala program utama korban diadakan pada hari raya ke2 iaitu hari Sabtu bermula jam 8 pagi dengan taklimat dan bacaan doa oleh masing-masing daripada pengarah program dan pengerusi masjid. Penyembelihan sebanyak 12 ekor lembu selesai dijalankan pada lebih kurang jam 9 pagi. Kemudian diikuti dengan proses melapah yang dikerjakan secara serentak mengikut pasukan petugas. Peserta korban dan orangramai menerima bahagian masing-masing seawal jam 10 pagi.

Alhamdulillah pihak MJTSAW telah dapat mengagihkan daging-daging korban dengan baik kepada semua penduduk Islam setempat yang memerlukan melalui sistem kupon. Setiap kupon layak mendapat lebih kurang 1 kg daging. Sistem kupon ini adalah bertujuan memastikan setiap rumah yang layak mendapat bahagian mereka.

Sekalung tahniah kepada pengerusi Biro Kebajikan En Madzlan, pengarah program En Abdul Jalil, petugas-petugas yang bekerja keras, peserta-peserta dan seluruh ahli kariah serta penduduk Islam Taman Universiti yang sama-sama menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga semangat kerjasama ini diteruskan dimasa akan datang. Kepada semua peserta korban, penyertaan tuan/puan sangat kami hargai, semoga tuan/puan berpuashati dengan perkhidmatan kami dan terus memberi sokongan untuk program korban akan datang.

Juga jutaan terima kasih kepada ADUN Nusa Jaya YB  Dato’ Haji Abdul Aziz Sapian yang sudi melapangkan masa bersama-sama penduduk di dalam program korban ini.

Klik di sini untuk ke album korban.

Pengarah Program, En Abdul Jalil (kiri) dan Pengerusi Masjid, Hj Sairaji menyampaikan taklimat kepada petugas…

Petugas siap-sedia untuk memulakan tugas

Petugas, peserta dan orangramai sama-sama mengaminkan doa…mohon kepada Allah SWT supaya majlis berjalan lancar dan mendapat keberkatanNYA insyaAllah.

Seawal jam 9 pagi, lembu-lembu korban telah selesai disembelih dan sedia untuk dilapah..

Hj Khalid, tukang sembelih yang berpengalaman menjalankan tugas dengan cemerlang sekali… tahniah!

ADUN Nusa Jaya YB Dato’ Haji Abdul Aziz Sapian (baju putih – tengah)bersama-sama penduduk turun padang

Bekerja dalam sistem satu pasukan satu ekor lembu…kerja menjadi lebih berkesan, cepat dan sistematik

Bungkusan 1kg-daging yang sedia untuk diagihkan

Petugas di dapur sibuk menyediakan sup tulang dan nasi putih sebagai juadah tengahari kepada semua yang hadir

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Program Korban 1430H

  1. adenan yusof says:

    assalamualaikum .. saya sedia bekal lembu terus dari ladang dengan harga yang rendah kos penghantaran percuma hubungi 019 – 6310356

  2. mjtsawtu says:

    InsyaAllah pihak masjid akan pertimbangkan tawaran tuan untuk program korban 1431H nanti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s