Solat Aidil Adha 1430H

Dianggarkan lebih daripada 4000 jemaah menunaikan solat Aidil Adha di MJTSAW pada tahun ini. Ruang solat utama telah penuh seawal jam 8 pagi lagi. Oleh itu sebahagian jemaah terpaksa solat di bahagian luar dan bahagian dataran masjid. Imam dan khatib ialah Imam II Us Rifqi Mayiddin. Solat dimulakan pada jam 8.30pagi. Selepas solat para jemaah bersama-sama menjayakan program korban di masjid. Sebanyak 16 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk Islam Taman Universiti. Khutbah adalah berkisar kepada keutamaan berkorban dan mengimbas pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.

Surau-surau di kawasan Taman Universiti juga menganjurkan solat Aidil Adha dan masing-masing menampung jemaah yang tinggal sekitar surau.

Ruang solat utama yang boleh menampung 3000 jemaah penuh seawal jam 8pagi lagi… 

Bahagian luar dewan solat utama yang juga penuh sesak pada setiap penjuru… 

Para jemaah khusyuk mendengar kutbah raya yang sarat dengan pengajaran korban oleh Us Rifqi

Klik di sini untuk melihat album solat raya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s