Laporan Program Berkhatan 2009

Alhamdulillah seramai 14 peserta telah menyertai program berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Biro penerbitan dan penerangan, dengan kerjasama Biro rekreasi dan rakan muda MJTSAW buat tahun ke2 berturut-turut. Majlis telah diadakan pada pagi 6 Disember 2009 yang turut diraikan oleh ibubapa, ahli keluarga dan ahli kariah masjid. Pada malam 5 Disember, masjid telah mengadakan majlis doa selamat dan yasin memohon kepada Allah SWT keselamatan para peserta, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada peserta dan jamuan.

Pada hari berkhatan 6 Disember, majlis bermula dengan pendaftaran jam 8:00 pagi, sarapan pagi, peserta dimandikan beramai-ramai di perkarangan masjid, ucapan aluan daripada pengarah program En. Md Aris, taklimat daripada pembantu perubatan Hj. Jamian, bacaan doa oleh Us Rifqi dan upacara berkhatan bermula jam 9:00 hingga 12:00 tengahari. Alhamdulillah majlis berjalan dengan selamat dan lancar.

Pihak masjid ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung menjayakan program tahunan ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada ibubapa para peserta kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada masjid menguruskan program berkhatan beramai-ramai ini.

Foto 1. Yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Imam Zulhazam dan Us Rifqi

Foto 2. Peserta berkhatan mendengar taklimat ringkas daripada Hj. Jamian…

Foto 3. Mandi beramai-ramai…..

Foto 4. Peserta pertama dan kedua….senyum selamat dikhatankan….

Foto 5. Liputan akbar….Harian Metro 8 Disember 2009

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s