Laporan Kursus Simenfero

oleh: Pn Jamilah bt Ahmad, Setiausaha Kelab Simenfero MJTSAW

Kursus Simenfero anjuran Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid (MTJSAW) telah diadakan selama dua hari iaitu pada 26 & 27 Disember 2009 bertempat di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti Skudai, Johor.  Ini merupakan kursus simenfero fasa ke 2 dimana fasa pertama telah diadakan pada tahun 2008.

Sepuluh orang peserta telah mendaftar untuk menyertai kursus tersebut dibawah bimbingan En. Ahmad Adin bin Marlan, Jurulatih Ko-Korikulum (Simenfero) UTM Skudai dan Cik Nurfarahain bte Ahmad Adin bekas pelatih Ko-Kurikulum (Simenfero) Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

Dalam kurusus tersebut peserta-peserta diajar cara bagaimana membuat bangku juga meja batu terdiri daripada campuran bahan-bahan simen, pasir, kapur dan air.  Selain itu peserta-peserta juga didedahkan cara-cara mencampur bahan, membantuk rangka bangku dan meja, melorek juga mengecat objek yang telah siap dibentuk.

Dalam masa dua hari kursus dijalankan sebanyak dua set bangku dan meja telah disiapkan oleh peserta.  Set bangku dan meja  tersebut di letak di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid dan orang ramai yang berminat boleh membeli sambil menderma dengan harga RM260/set (tidak termasuk pengangkutan).

Semuga kursus tersebut dapat mendatangkan manafaat kepada peserta dan orang ramai yang berminat untuk mengikuti aktiviti kelab ini pada masa-masa akan datang, boleh hubungi 013-7349818.

Cik Nurfarahain memberi penerangan bagaimana proses pembikinan simenfero kepada peserta….

Langkah 1: membina kerangka daripada jaring besi

Langkah 2: Kerangka yang telah siap, sedia untuk dituangkan campuran simen…

Langkah 3: Proses merata dan melorek corak pada permukaan simen basah….

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Laporan Kursus Simenfero

  1. Maimunah Muhammad says:

    Assalamualaikum. Saya sangat berminat untuk membeli set simenfero ini. Adakah peluang untuk membeli masih dibuka? Terima kasih.

  2. putrinuraifa says:

    salam…sya bru blaja nk wt simen ferro…sya murid sekolah vokasional sungai buloh@briov….hope sya dpt blaja tknik2 pmbuatan simen ferro ngn baik….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s