50 Murid Sertai Kem Hafazan Cuti Sekolah

oleh Dr Hj Muhamad Ruslan dan Sdra Mohd Nor Salim

Alhamdulillah buat julung kalinya MJTSAW melalui Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid dan Biro Pendidikan dan Dakwah yang telah berjaya menganjurkan Kem Hafazan Cuti Sekolah 2009. Kem ini diadakan  bagi memanfaatkan masa percutian sekolah anak-anak ahli kariah  masjid Taman Universiti dengan program yang cukup bermanafaat serta sesuai dengan perkembangan dan keperluan anak-anak kini.

Kem ini telah bermula pada 3/12/2009  dan berakhir pada 31/12/2009. Ianya diadakan setiap hari dengan 2 sesi iaitu sesi pagi (Subuh – Zohor) dan sesi malam (Maghrib – 9:30mlm). Seramai 50 orang peserta anak-anak lelaki yang berumur dari 7 tahun hingga 15 tahun telah mengambil bahagian. Para peserta ini datangnya daripada sekitar Taman Universiti, Taman Pulai Utama, Taman Impian Jaya, Kangkar Pulai, Taman Teratai dan Mutiara Rini. Ada juga permintaan daripada BBU tetapi disebabkan masalah pengangkutan, peserta ini terpaksa menarik diri.

Kem ini dibimbing oleh dua orang guru hafiz iaitu Ustaz Abdul Hakim bin Mohd Nor Al-Hafiz (wakil Thailand dalam Hafaz ke Dubai) dan Ustaz Mohamad bin Hj. Abdul Rahman Al-Hafiz dari Naratiwat, Thailand.

Nabi salallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Al Hakim daripada Ibnu Abas radiallahu ‘anhu yang bermaksud:

Wahai anak Adam, rebutlah Lima perkara sebelum datang Lima perkara : Masa muda sebelum tua, Masa sehat sebelum sakit, Masa lapang sebelum sibuk, Hidup sebelum Mati, Kaya sebelum miskin.

Masa muda yang bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja adalah satu masa  yang paling kritikal, penuh cabaran, penuh godaan dan penuh ancaman. Oleh itu anak remaja mesti berdaya tahan, mesti teguh, kukuh dan berani menghadapi dan menempuhi kehidupan di usia ini. Bagi mempersiapkan diri anak-anak ini, para ibu bapa dengan kerjasama pihak-pihak yang perihatin tentang pembangunan remaja,  perlulah merancang dan mengisi masa anak-anak bagi mendapatkan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk mengharungi hidup ini dengan penuh keredhaaan Illahi sebelum ianya terlambat. Oleh itu,  saya sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh ajk masjid selaku penggerak utama kem dan dibantu dan disokong oleh para ibu bapa sekelian bagi memenuhi hasrat ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Pada malam aku di-Israk-kan, aku mendengar Allah berfirman: Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulamak dan penghafaz Al Quran.

Al-Quran adalah wahyu dari Allah dan sumber panduan utama bagi umat Islam yang dapat melorong ke arah kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.  Atas kepentingan itu, Allah SWT memberi jaminan untuk memelihara keasliannya sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat ke 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami memeliharanya dan menjaganya.

Justeru, di samping mendapat kemuliaan, para hafiz al-Quran adalah penerus perjuangan para sahabat Rasulullah SAW yang mempertahankan keaslian wahyu al-Quran ini.  Di samping itu, kekuatan dan kecemerlangan umat Islam hanya akan tercapai apabila kita dapat menghayati dan mengamalkan budaya al-Quran melalui pembacaan, hafazan, pemahaman dan pengamalan ajaran yang terkandung di dalamnya.  Kekuatan dan kecemerlangan ini mendorong kita menjadi generasi al-Quran yang agung dan dipandang mulia oleh agama dan masyarakat, InsyaAllah

Pihak masjid berharap segala usaha yang berkaitan dengan usaha pembangunan insan berkaitan al-Quran dapat diteruskan dari semasa ke semasa; agar seluruh anak-anak remaja dan kita semua khususnya di Negeri Johor ini, mendapat naungan serta rahmat daripada Allah lantaran usaha kita menyanjung dan membudayakan tuntutan al-Quran dalam seluruh kehidupan seharian.

Pihak masjid juga ingin mengucapkan tahniah kepada Biro Rekreasi dan Rakan muda Masjid dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Dakwah yang mengadakan Kem Hafazan 2009 ini terutamanya kepada Pengarah Program iaitu Uataz Mohd Rifqi Myiddin.  Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin dan penggalak kepada generasi akan datang untuk terus berusaha mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran untuk melahirkan generasi yang cemerlang. Penghargaan juga saya tujukan kepada Tuan Kadhi Daerah Johor bahru yang sudi datang bagi menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ustaz Abdul Hakim bin Mohd Nor Al-Hafiz dan Ustaz Mohamad bin Hj. Abdul Rahman Al-Hafiz  yang sudi menjadi pembimbing hafazan, para ibu-bapa yang tidak mengenal penat dan lelah dalam menghantar dan mengambil anak-anak setiap hari, para petugas yang mengurus makan dan minum anak-anak serta para dermawan yang menyumbang bagi menjayakan kem ini. Semoga Allah membalas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian dengan balasan pahla yang berlipat ganda, insyaAllah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s