Kuliah Subuh oleh Nazrey Johani (Raihan)

oleh KK

AHAD 24 Jan 2010. Alhamdulilah hari ini seperti minggu yang sebelumnya MJTSAW telah mengadakan kuliah subuh. Selalunya kuliah subuh diberikan oleh Ustaz Rifqi yang semakin hari semakin unggul ceramah beliau. Dan hari ini kami bertuah dapat mendengar kuliah subuh disampaikan oleh Penasyid terkenal iaitu Nazrey Johani dari kumpulan Raihan. Biasanya kita jarang dengar beliau berceramah cuma kita dengar beliau bernasyid dan sedikit ngomelan dari beliau. Rupanya beliau hebat juga berceramah.

Selalunya saya akan mengantuk mendengar kuliah subuh kerana selalunya saya lambat tidur tapi hari ini memang nak dijadikan cerita saya dapat tidur cepat semalam dan dalam kuliah subuh ini sekalipun saya tak tidur atau mengantuk. Disamping mendengar dengan khusyu’ ceramah beliau yang banyak menceritakan pengalaman beliau menjadi Kumpulan nasyid terunggul sekitar tahun 1997 saya sempat mengeluarkan air mata kerana menginsafi cerita perjalanan hidup beliau dan dengan apa yang beliau sedang kerjakan sekarang.

Nazrey sekarang berhenti sementara menjadi penasyid Raihan kerana hendak bekerja sepenuh masa menjadi pendakwah sepenuh masa mewujudkan sekolah tahfiz di Ranau, Sabah. Beliau sedang mewujudkan sekolah tahfiz di atas Tanah seluas 30 ekar. Mengikut beliau,beliau memang tak cukup duit tapi percaya kepada Allah akan membantunya dan beliau percaya akan mendapat bantuan dari ramai orang terutamnya ditempat beliau berceramah.

Sungguh menginsafkan. Saya sendiri sebenarnya berteori sahaja, menulis difacebook nak wujudkan sekolah tahfiz dikampung saya tapi beliau sanggup berhenti dari kerja yang disukai beliau dan terus berhenti dan terus mewujudkan satu pusat dakwah dan pusat tahfiz di Ranau, Sabah. Sungguh menginsafkan. Kepada sesiapa yang banyak duit atau sikit duit pun saya cadangkan supaya menginfakkan sebahagian dari harta kepada Nazri dan rakan-rakannya dalam usaha beliau untk mengwujudkan pusat dakwah dan pusat tahfiz di Ranau Sabah.

Setiap kali anak-anak Sabah yang baru revert kepada islam baca Al Quran setiap kali mereka yang infak harta mereka akan mendapat pahala yang bakal dituai diakhirat kelak. Bayangkan kalau anak-anak ini baca ayat Al-Quran setiap hari dan setiap hari kita dapat sumbangan free untuk tabung akhirat kita. Sorry saya tak ada alamat Nazrey tapi kalau saudara AJK masjid saya cadangkan jemputlah beliau berceramah sangat refreshing dengan nyanyian nasyid beliau yang penuh dengan kata-kata memuji Allah ketika berceramah.

Kalau sesiapa biasa sampai di sana, iaitu Ranau, satu tempat yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu satu tempat yang amat cantik dengan kehadiran manusia yang sangat lembut tingkah laku dan memerlukan banyak bimbingan dakwah islam di sana.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada Nazrey dan sahabat-sahabat di Ranau dan kita juga dalam usaha mereka menyaingi serangan-serangan aqidah dari pelbagai pihak di Sabah.

http://www.youtube.com/watch?v=GPnQwXjKqu8&feature=related

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s