Pengislaman Sister Maria Jawa Teodores

oleh KK

AHAD 24 Jan 2010. Alhamdulillah malam tadi (selepas solat isyak berjemaah) Sister Maria Jawa Teodores  yang berumur sekitar 30’an dari Tawau Sabah telah bersetuju keluar dari agama Kristian untuk melafazkan syahadah beliau di depan Imam II Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Ustaz Rifqi Mydin.  Beliau sekarang bekerja di Kilang Flextronics masih bujang dan juga telah mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa beliau untuk kembali revert kepada islam. Majlis disaksikan oleh lebih kurang 100 orang ahli kariah masjid. Alhamdulillah!!!

Saudara-saudara  ku seislam dan bukan Islam yang ku sayangi  seperti mana Allah menyayangi kita semua, Allah berfirman yang bermaksud:

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Sesiapa pun tak boleh bagi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja.   Sebab itulah kita wajib memohon kepada Allah supaya sentiasa diberi petunjuk kepada Allah.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah terus menerus memberikan hidayahnya kepada kita semua dan semoga kita diberikan jalan yang lurus jalan yang Allah redhai.   Di bawah ada beberapa keping gambar yang sempat Pak Lah ambil kerana saya ambil video.  InsyaALlah video pengislaman beliau saya sedang proses.

Gambar pengislaman Sister Maria Jawa Teodores boleh dilihat di bahagian photo facebook saya atau ikuti link di bawah:

http://www.facebook.com/album.php?aid=2046883&id=1524737853&l=041c9727dc

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s