Karnival Sukan Maulidur Rasul 1431H (1)

Laporan Sukan Badminton dan Takraw:

Sukan badminton berpasukan telah berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2010 di Dewan Raya Taman Universiti. Sebanyak 16 pasukan daripada masjid, surau, dan organisasi yang berada sekitar Taman Universiti telah menyertainya. Setiap pasukan mengandungi 3 regu. Perlawanan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain secara liga. Juara setiap kumpulan bertemu di peringkat separuh akhir. Perlawanan akhir adalah pertemuan diantara pasukan Surau Ehsan B dan Pulai Utama yang berkesudahan dengan Surau Ehsan B muncul sebagai juara, Pulai Utama naib johan dan Surau Ehsan A tempat ketiga. Juara menerima sebuah piala pusingan, satu tabung bulu tangkis dan medal.

Perlawanan telah dirasmikan oleh En. Hassan Saifuddin, pengerak masjid bagi DUN Nusajaya. Dalam ucapannya beliau berharap aktiviti sukan seperti ini dapat mengukuhkan persahabatan dan mendekatkan semua kepada masjid. Ini menunjukkan bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah semata-mata malah peranannya jauh lebih luas meliputi segala macam aktiviti harian masyarakat Islam setempat termasuk aktiviti sukan. Beliau berharap semua pemain dan juga penyokong yang hadir supaya dapat datang ke masjid untuk mengimarahkan solat berjemaah 5 waktu….”jika masjid menganjurkan perlawanan sukan kita bersemangat menyertainya, alangkah baiknya kita juga beramai-ramai ke masjid menyahut seruan azan”.

Penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus permainan, En. Jamakir dan urusetia pertandingan En. Salleh, En. Wahab, En. Madzlan dan ramai lagi kerana berjaya melaksana tugas dengan cemerlang. Juga jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Pengurusan Dewan Raya Taman Universiti kerana menyediakan gelanggang permainan.

pemain mendengar taklimat daripada pengurus permainan...

Ustaz Azman memimpin bacaan doa sebelum perlawanan...amin. Jadikanlah kami pemuda-pemuda yang cinta masjid

Perlawanan bermula...opps!!! Inikan karnival sukan MAULIDUR RASUL? tetapi masih ramai berpakaian sukan tidak menutup aurat? Dimanakah sifat sayang kita kepada rasul kita?... penganjur memohon kerana kecuaian ini. InsyaAllah akan datang semua pemain akan memakai seluar hingga bawah paras lutut...

En Hassan Saifuddin berucap merasmikan perlawanan. Disebelah kanan beliau ialah En. Mohd Nor Salim, Timbalan Pengerusi Masjid...

Pasukan Surau Ehsan B dan Pulai Utama bergambar sebelum perlawanan akhir bermula...

Sukan Takraw telah diadakan pada 19 Februari di gelanggang takraw KRT Jalan Kemajuan….. bersambung

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s