Karnival Sukan Maulidur Rasul (2)

LAPORAN PERLAWANAN SEPAK TAKRAW

ALHAMDULILLAH sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara sepak takraw berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 regu iaitu 9 pemain. Perlawanan telah diadakan jam 9 malam 19 Februari di gelanggang takraw jalan kemajuan. Perlawanan dijalankan secara liga dalam 2 kumpulan. Juara liga setiap kumpulan bertemu di peringkat akhir untuk menentukan juara keseluruhan yang dimenangi oleh Surau As-Syakirin dan naib johan ialah Surau Al-Hidayah. Juara menerima piala pusingan, bola takraw dan medal.

Perlawanan telah dirasmikan oleh Pengarah Sambutan Maulidur Rasul 1431H iaitu Tuan Haji Farhan Chua Abdullah.

Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus permainan, En Wahab dan urusetia En. Salleh, En. Halim, Haji Che Ros dan ramai lagi kerana berjaya melaksanakan perlawanan dengan cemerlang. Juga terima kasih kepada KRT Jalan Kemajuan kerana menyediakan gelanggang.

perlawanan antara pasukan masjid dan surau ehsan.... pasukan masjid diketuai oleh Bilal Roslan

En. Wahab (baju biru/ kanan) ... pengurus permainan

Abang Japar...pengurus pasukan Surau Ehsan...

pasukan surau as-syakirin dan surau al-hidayah bergambar sebelum perlawanan akhir... as-syakirin menang 2-1

peminat setia...hingga tertidur

pemain dan penyokong As-syakirin....

Abang Haji Tukiman dan penyokong Pasukan Masjid....setia menunggu hingga perlawanan akhir

BERSAMBUNG…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s