Karnival Sukan Maulidur Rasul (3)

LAPORAN BOLA JARING

oleh: Jamilah Ahmad

Alhamdulillah buat julung kalinya pertandingan bola jaring telah diadakan sempena Karnival Sukan Maulidur Rasul 1431H Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Pertandingan telah diadakan pada 19 Februari 2010 di gelanggang bolajaring Jalan Perubatan Taman Universiti.

Sebanyak 6 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut iaitu pasukan Belia JIM (KBJ – JJB),  Surau Hidayah A, Surau Hidayah B, Surau Ehsan A,  Surau Ehsan B, dan pasukan KRT Jln Kemajuan & Kejayaan.

Pertandingan diadakan secara kalah mati. Dalam pertandingan tersebut Pasukan Surau Ehsan A telah meraih gelaran Johan, KRT Kemajuan & Kejayaan Naib Johan, Surau Ehsan B tempat ketiga, Surau Hidayah A tempat keempat, KBJ-JJB tempat kelima dan Surau Hidayah B tempat keenam.

Pertandingan telah dirasmikan oleh En Mohd Nor bin Salim, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid.

Penganjur berharap agar pertandingan persahabatan seumpama ini mencapai objektifnya iaitu untuk merapatkan hubungan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwwah sesama ummah. Agar kita menjadi ummat yang sentiasa mengamalkan ajaran junjungan besar Nabi Muhamad SAW dalam apa jua aktiviti harian kita termasuk sukan. Islam tidak melarang kita bersukan tetapi hendaklah sentiasa menjaga batas-batasnya seperti berpakaian sopan dan menutup aurat.

Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus permainan Cik Nur Farahain Ahmad Adin yang juga merangkap pengadil perlawanan, serta Ketua Urusetia, Puan Jamilah Ahmad dan team urusetia. Juga jutaan terima kasih kepada pengurusan Gelanggang Bola Jaring Jalan Perubatan kerana menyediakan gelanggang dengan percuma.

RASMI...En Mohd Nor merasmikan pertandingan

Masuk...bola cantik

Surau Ehsan A lwn Hidayah B...

oppps....

Taklimat...pengurus permainan menerangkan peraturan permainan

Pasukan KBJ bergambar bersama Pasukan Ehsan A sebelum perlawanan

sebelum perlawanan...pasukan KBJ & Hidayah A

...

...sebelum bersurai... dengar dulu pesanan pengurus permainan

BERSAMBUNG…laporan Perlawanan Futsal di gelanggang Futsal At-Taqwa Taman Pulai Utama yang telah diadakan secara selari pada waktu yang sama dengan Pertandingan Bola Jaring.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s