KELEBIHAN HARI ARAFAH

Arafah atau dikenali juga dengan nama Arafat merupakan salah satu daripada tempat ibadat yang menjadi rukun kepada ibadah haji. Walaupun begitu, ada ulama yang membezakan dua sebutan tersebut yang mana Arafah merujuk kepada hari Arafah (kata singular) iaitu hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Manakala kalimah Arafat (kata plural) pula memberi makna nama tempat dan seluruh kawasan bumi Arafah tersebut seluas 10.4 km persegi, 22 km dari sebelah tenggara Masjidilharam.

Kali ini kita akan membicarakan tentang kelebihan-kelebihan hari Arafah yang banyak disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

1. Hari pembebasan daripada api neraka

Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Tiada hari yang padanya Allah SWT membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai daripada hari Arafah.” Allah Taala hampir dengan hamba-Nya dan berbangga dengan mereka. Allah berkata kepada para malaikat dengan berfirman yang bermaksud: “Apakah yang mereka mahu? (maka pintalah).” (Sahih Muslim)

2. Limpahan rahmat dan pengampunan

Daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Wuquf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah Taala turun ke langit dunia (yang paling bawah) dan berbangga dengan kamu di hadapan malaikat dengan firman-Nya: “Hamba-Ku datang dari segenap pelosok dunia yang jauh dalam keadaan tidak terurus dan berdebu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurga-Ku. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau sebanyak buih di lautan, nescaya aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman lagi: “Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang terampun daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka.”(Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)

3. Kelebihan berpuasa pada hari Arafah

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah ini (bagi mereka yang tidak mengerjakan haji) dosanya akan dihapuskan untuk tahun yang sebelum dan selepasnya. Diriwayatkan daripada Abu Qatadah bahawa seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, beritahukan kepada kami tentang kelebihan puasa hari Arafah.” Lantas

Nabi s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Aku berharap agar Allah SWT dapat mengampunkan dosanya pada tahun yang sebelum dan selepasnya.” (Sahih Muslim)

4. Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah

Daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan yang aku ucapkan serta para nabi sebelumku ialah, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan bagi-Nya segala pujian dan segala kerajaan. Dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.” (Sahih al-Tirmizi)

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan hari Arafah ini.

Sumber: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Arafat Iktiraf Darjat Seorang Hamba, Majalah Solusi, Isu No. 14, ms. 31.

This entry was posted in artikel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s