JOM KITA BERUBAH

Hukum alam menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah SWT. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Orang yang berjaya memaksa dirinya berubah dan mengawal arah perubahan dirinya itu, manakala orang yang gagal berubah apabila terpaksa. Perubahan yang diredhai Allah adalah perubahan menuju kepada yang lebih baik yang didorong perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Orang Muslim sebenar ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain daripada kejahatan lidah dan tangannya. Dan muhajir (orang yang berhijrah sebenar) ialah mereka yang berhijrah daripada apa yang dilarang Allah (kepada perkara yang baik).” (Riwayat al-Bukhari).

Perubahan pada diri mesti bermula dari dalaman. Allah SWT menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.” (Surah al-Ra’d(13):11). Unsur-unsur dalaman manusia itu ialah akal, hati dan nafsu. Tiga unsur ini membentuk sistem nilai, keyakinan, tingkah laku dan sikap seseorang. Dengan kata lain, untuk mengubah sikap kita, kita perlu mengubah akal, hati dan nafsu.

Hati bolehlah diumpamakan sebagai ketua dalam kerajaan diri. Hati akan membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan seluruh anggota badan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati.” (Riwayat al-Bukhari).

Hati pula mendapat input daripada penasihatnya iaitu akal. Akallah yang memberi panduan untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi, tidak mencukupi hati sahaja yang baik, akal yang menasihat hati juga mesti baik. Jika tidak, akal akan memberi nasihat yang songsang kepada hati.

Dalam diri manusia ada nafsu. Nafsu yang tidak dikawal dan dilatih mampu mempengaruhi hati dan menguasai akal. Walaupun begitu, nafsu ini tidak boleh dihapuskan. Ia adalah sebahagian daripada diri kita untuk kelangsungan hidup. Cabaran buat kita ialah untuk mendidik, melatih dan menguruskan nafsu.

Untuk mengubah akal, hati dan nafsu, seseorang mesti melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan. Akal mestilah diproses agar tahu. Hati diproses untuk mahu. Dan nafsu dilatih untuk mampu.

Untuk ‘tahu’ akal perlu diberi ilmu pengetahuan. Pertama, ilmu wahyu untuk memberi jawapan kepada soalan yang tidak akan dapat dijawab oleh manusia. Kedua, ilmu kehidupan untuk membentuk kemahiran dan keterampilan diri. Proses menanam ilmu pada akal, mestilah diiringi dengan proses menyuburkan keyakinan dalam hati. Sekadar pengetahuan di akal sahaja tidak akan dapat merubah sikap selagi belum ada ‘mahu’ untuk berubah di dalam hati. Kekuatan ‘mahu’ lebih kuat pengaruhnya daripada kekuatan ‘tahu’ untuk menghasilkan perubahan. Oleh sebab itu, proses pembelajaran (menanam ilmu) kepada akal mesti diikuti oleh proses pendidikan (menyuburkan keyakinan) kepada hati agar hati ‘mahu’ berubah. Setelah tahu dan mahu manusia mesti dilatih agar ‘mampu’ merubah sikapnya. Untuk ‘mampu’, nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin.

Ubahlah diri sendiri. Jika seseorang Muslim tidak berubah ke arah kebaikan dengan kerelaan, pasti dia akan diubah ke arah kejahatan dengan paksaan musuh-musuh Islam.

Sumber: Abu Irdak, Hijrahkan Dirimu, Majalah Solusi, Isu No.15, ms. 20

editor : 013-7997820

This entry was posted in artikel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s