Sambutan maulid di sana-sini

Utusan 1 Mac 2011 :

Walaupun hari ini masuk hari ke 27 Rabiulawal, namun sambutan Maulidur Rasul masih terus diadakan di merata tempat di negara ini.

Semua itu bertujuan memupuk dan melahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat pada sekelian alam.

Pelbagai pengisian diadakan untuk memperingati tarikh kelahiran dan juga kewafatan Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal.

Apa yang diharap, sambutan ini tidak terhenti dengan perarakan atau majlis-majlis forum sebaliknya hendaklah diterjemahkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam usaha menghidupkan sunnah baginda SAW.

Advertisements
Posted in artikel | Tinggalkan komen

Rasulullah jadikan dugaan, motivasi bakar semangat perjuangan

Oleh Mohd Hishammuddin Mansor, BH 28/2/2011

RASULULLAH SAW diutuskan membawa rahmat ke atas sekalian alam seperti difirmankan Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)

Baginda kasih kepada umatnya, tidak mahu mereka teraba-raba dalam kesesatan mencari Tuhan sebenar. Baginda juga tidak mahu umatnya melakukan penderhakaan kepada Allah SWT yang kelak mengakibatkan mereka memperoleh azab yang dahsyat di akhirat. Justeru, Rasulullah SAW tidak jemu-jemu mengajak umatnya mentauhidkan Allah SWT. Dalam menyebarkan ajaran yang suci ini, Rasulullah SAW berdepan dengan pelbagai cabaran daripada kalangan Musyrikin Makkah dan kaum munafik di Madinah, selain orang Yahudi yang bersifat degil serta Nasrani yang menganggap Nabi Isa sebagai Tuhan. Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesuatu yang hak. Rasulullah SAW menginsafi bahawa rasul terdahulu sebelum baginda juga berdepan dengan pelbagai fitnah dan kerenah daripada kaumnya. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.

> more 

Kredit kepada http://saifulislam.com

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

KARNIVAL SUKAN

Maklum Kepada Peserta Perubahan Jadual

Pingpong Wanita 12/2 (Sabtu) ditukar ke 26/2 (Sabtu)
Badminton Wanita 16/2 (Rabu) ditukar ke 15/2 (Selasa)
Badminton Lelaki 23/2 (Rabu) ditukar ke 22/2 (Selasa)

Borang- Borang

Jadual Karnival Sukan

BORANG PENYERTAAN karnival sukan 1432H updated 16feb

BORANG PENYERTAAN larian

BORANG PENYERTAAN explorace

BORANG PENYERTAAN sukaneka & mewarna

Posted in Uncategorized | 4 Komen

Majlis Penutup Kem Hafazan & Pengajian 2010

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Bengkel Pengukuhan Solat

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen