Profil

1.0 Pendahuluan

Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti telah siap dibina pada 31 Mei 2003. Ia boleh menampung 5000 orang jemaah. Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden yang agak terbuka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri asas keislaman dari segi susun atur dan seni bina. Terletak dilokasi strategik di pertengahan kawasan Taman Universiti menjadikan masjid ini mudah untuk didatangi dan sesuai sebagai tempat tumpuan ibadat, kebajikan dan rujukan umat Islam di sekitarnya. Sehingga kini terdapat enam buah surau di sekitar Taman Universiti yang bernaung bersama Masjid ini.

Untuk merealisasikan masjid sebagai tempat bernaung umat Islam strategi berikut cuba dilaksanakan;

 Menggiatkan penyebaran maklumat dan kefahaman Islam

 Menggiatkan kelas-kelas fardhu ain dan fardhu kifayah

 Menggalakan penglibatan orang ramai dalam aktiviti-aktiviti masjid Untuk itu objektif berikut sentiasa menjadi dasar dalam perancangan setiap aktiviti yang dilaksanakan;

 Masjid sebagai tempat ibadat yang menyampaikan kesedaran pengetahuan Islam kepada masyarakat

 Masjid sebagai tempat mempelbagaikan aktivitikhususnya yang berkaitan dengan masyarakat Islam

 Masjid sebagai tempat ahli masyarakat memberi dan mendapat kebajikan

2.0 Sejarah Pembinaan

 1994 : Penubuhan AJK Penaja Awal

 1998 : Pelantikan AJK Pembinaan

 2000 : Upacara Pecah Tanah oleh YAB Dato Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

 11 Nov. 2000 : Mula Kerja Pembinaan

 31 Mei. 2003 : Siap Kerja Pembinaan

 10 Okt. 2003 : Mula Digunakan

 20 Mei. 2005 : Perasmian oleh DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor

3.0 Biodata

 Nama : Masjid Jamek Tan SriAinuddin Wahid

 Luas Kawasan : 4.171 ekar

 Lokasi : Lot PTD 53102 Mukim Pulai

 Alamat : Jalan Kebudayaan , Taman Universiti, Skudai, Johor

 Muatan : 5000 Jemaah (Dalam 3000, Luar 2000)

 Kos Pembinaan : RM 5,487,163.19 (RM 4,487,163.19 – Kerajaan Negeri) (RM 700,000.00 – Kerajaan Pusat)

 Kemudahan : Ruang solat utama, Ruang solat wanita (Tingkat atas), Bilik Mesyuarat, Pejabat, Bilik Imam & Bilal, Setor, Tempat Wuduk & Tandas lelaki & wanita, Kawasan lapang, Perpustakaan berhawa dingin, Bilik Seminar berhawa dingin dengan muatan 85 orang dilengkapi dengan sistem audio dan multimedia, dan Bilik kuliah berhawa dingindengan muatan 20 orang.

 Kenderaan: Dua buah van serbaguna

 Kelengkapan: Dua unit khemah boleh alih beserta set kerusi dan meja

 Set memasak dan jamuan : Dapur, periuk, dulang, jug dan gelas

DSC-3832a