Visi & Misi

VISI

Berperanan sebagai pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta berupaya menghindarkan diri daripada gejala sosial bagi melahirkan ummah yang bertaqwa

MISI

  • Melaksanakan pengurusan masjid yang cekap dan berhikmah.
  • Membangunkan keperibadian ummah dan institusi keluarga berdasarkan akidah, syariah dan akhlak Islamiah melalui pelbagai aktiviti.
  • Menyediakan segala kelengkapan untuk kemudahan beribadah, mewujudkan dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti keilmuan kearah melahirkan masyarakat yang berketerampilan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami bersedia menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
  • Kami menyediakan pengajian, kursus dan latihan untuk membina sahsiah individu, keluarga dan masyarakat.
  • Kami menggalakkan program-program yang berlandaskan syariat bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah di kalangan ahli khariah Taman Universiti dan masyarakat umum.
  • Kami bersedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau yang berada di sekitar Taman Universiti.
  • Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan khairat kematian warga Taman Universiti.
  • Kami sentiasa berusaha menerbitkan bahan-bahan edaran berkala bagi manafaat masyarakat.
  • Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.