JOM KITA BERUBAH

Hukum alam menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah SWT. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Orang yang berjaya memaksa dirinya berubah dan mengawal arah perubahan dirinya itu, manakala orang yang gagal berubah apabila terpaksa. Perubahan yang diredhai Allah adalah perubahan menuju kepada yang lebih baik yang didorong perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Orang Muslim sebenar ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain daripada kejahatan lidah dan tangannya. Dan muhajir (orang yang berhijrah sebenar) ialah mereka yang berhijrah daripada apa yang dilarang Allah (kepada perkara yang baik).” (Riwayat al-Bukhari).

Perubahan pada diri mesti bermula dari dalaman. Allah SWT menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.” (Surah al-Ra’d(13):11). Unsur-unsur dalaman manusia itu ialah akal, hati dan nafsu. Tiga unsur ini membentuk sistem nilai, keyakinan, tingkah laku dan sikap seseorang. Dengan kata lain, untuk mengubah sikap kita, kita perlu mengubah akal, hati dan nafsu.

Hati bolehlah diumpamakan sebagai ketua dalam kerajaan diri. Hati akan membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan seluruh anggota badan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati.” (Riwayat al-Bukhari).

Hati pula mendapat input daripada penasihatnya iaitu akal. Akallah yang memberi panduan untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi, tidak mencukupi hati sahaja yang baik, akal yang menasihat hati juga mesti baik. Jika tidak, akal akan memberi nasihat yang songsang kepada hati.

Dalam diri manusia ada nafsu. Nafsu yang tidak dikawal dan dilatih mampu mempengaruhi hati dan menguasai akal. Walaupun begitu, nafsu ini tidak boleh dihapuskan. Ia adalah sebahagian daripada diri kita untuk kelangsungan hidup. Cabaran buat kita ialah untuk mendidik, melatih dan menguruskan nafsu.

Untuk mengubah akal, hati dan nafsu, seseorang mesti melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan. Akal mestilah diproses agar tahu. Hati diproses untuk mahu. Dan nafsu dilatih untuk mampu.

Untuk ‘tahu’ akal perlu diberi ilmu pengetahuan. Pertama, ilmu wahyu untuk memberi jawapan kepada soalan yang tidak akan dapat dijawab oleh manusia. Kedua, ilmu kehidupan untuk membentuk kemahiran dan keterampilan diri. Proses menanam ilmu pada akal, mestilah diiringi dengan proses menyuburkan keyakinan dalam hati. Sekadar pengetahuan di akal sahaja tidak akan dapat merubah sikap selagi belum ada ‘mahu’ untuk berubah di dalam hati. Kekuatan ‘mahu’ lebih kuat pengaruhnya daripada kekuatan ‘tahu’ untuk menghasilkan perubahan. Oleh sebab itu, proses pembelajaran (menanam ilmu) kepada akal mesti diikuti oleh proses pendidikan (menyuburkan keyakinan) kepada hati agar hati ‘mahu’ berubah. Setelah tahu dan mahu manusia mesti dilatih agar ‘mampu’ merubah sikapnya. Untuk ‘mampu’, nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin.

Ubahlah diri sendiri. Jika seseorang Muslim tidak berubah ke arah kebaikan dengan kerelaan, pasti dia akan diubah ke arah kejahatan dengan paksaan musuh-musuh Islam.

Sumber: Abu Irdak, Hijrahkan Dirimu, Majalah Solusi, Isu No.15, ms. 20

editor : 013-7997820

Posted in artikel | Tinggalkan komen

Hikmah zakat

Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia.Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya.Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam.Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT: 1. Matlamat Agama Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103: Maksudnya: “Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya,hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ikut Nabi bukti cinta

Oleh MOHD. HISHAMUDDIN MANSOR

BERDASARKAN ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan.

Firman Allah SWT: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (al-Hasyr: 7)

Continue reading

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sambutan maulid di sana-sini

Utusan 1 Mac 2011 :

Walaupun hari ini masuk hari ke 27 Rabiulawal, namun sambutan Maulidur Rasul masih terus diadakan di merata tempat di negara ini.

Semua itu bertujuan memupuk dan melahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat pada sekelian alam.

Pelbagai pengisian diadakan untuk memperingati tarikh kelahiran dan juga kewafatan Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal.

Apa yang diharap, sambutan ini tidak terhenti dengan perarakan atau majlis-majlis forum sebaliknya hendaklah diterjemahkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam usaha menghidupkan sunnah baginda SAW.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Rasulullah jadikan dugaan, motivasi bakar semangat perjuangan

Oleh Mohd Hishammuddin Mansor, BH 28/2/2011

RASULULLAH SAW diutuskan membawa rahmat ke atas sekalian alam seperti difirmankan Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)

Baginda kasih kepada umatnya, tidak mahu mereka teraba-raba dalam kesesatan mencari Tuhan sebenar. Baginda juga tidak mahu umatnya melakukan penderhakaan kepada Allah SWT yang kelak mengakibatkan mereka memperoleh azab yang dahsyat di akhirat. Justeru, Rasulullah SAW tidak jemu-jemu mengajak umatnya mentauhidkan Allah SWT. Dalam menyebarkan ajaran yang suci ini, Rasulullah SAW berdepan dengan pelbagai cabaran daripada kalangan Musyrikin Makkah dan kaum munafik di Madinah, selain orang Yahudi yang bersifat degil serta Nasrani yang menganggap Nabi Isa sebagai Tuhan. Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesuatu yang hak. Rasulullah SAW menginsafi bahawa rasul terdahulu sebelum baginda juga berdepan dengan pelbagai fitnah dan kerenah daripada kaumnya. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.

> more 

Kredit kepada http://saifulislam.com

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

KARNIVAL SUKAN

Maklum Kepada Peserta Perubahan Jadual

Pingpong Wanita 12/2 (Sabtu) ditukar ke 26/2 (Sabtu)
Badminton Wanita 16/2 (Rabu) ditukar ke 15/2 (Selasa)
Badminton Lelaki 23/2 (Rabu) ditukar ke 22/2 (Selasa)

Borang- Borang

Jadual Karnival Sukan

BORANG PENYERTAAN karnival sukan 1432H updated 16feb

BORANG PENYERTAAN larian

BORANG PENYERTAAN explorace

BORANG PENYERTAAN sukaneka & mewarna

Posted in Uncategorized | 4 Komen