KEM-Q

Jom pakat ramai-ramai datang memeriahkan majlis pada malam ni di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid (MJTSAW) , Taman Universiti

10869738_566649536798859_3138427993572060685_o

Advertisements
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? ‘Benar’ itu sejak dari dulu lagi telah menjadi sumber keberanian. Manakala, ‘salah’ itu adalah punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Perlakuan yang salah akan menimbulkan perasaan bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksakan selagi ianya tidak ditebus dengan kemaafan dan taubat. Rasa bersalah terhadap manusia amat meresahkan, apatah lagi rasa bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya adalah Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan terbongkar segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak perlu didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan ‘hidup’ untuk memberi persaksian. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan berkata-kata mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sana nanti akan tertegak keadilan yang hakiki. Teruskan membaca

Posted in artikel | Tinggalkan komen

JOM KITA BERUBAH

Hukum alam menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah SWT. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Orang yang berjaya memaksa dirinya berubah dan mengawal arah perubahan dirinya itu, manakala orang yang gagal berubah apabila terpaksa. Perubahan yang diredhai Allah adalah perubahan menuju kepada yang lebih baik yang didorong perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Orang Muslim sebenar ialah orang yang menyelamatkan orang Islam lain daripada kejahatan lidah dan tangannya. Dan muhajir (orang yang berhijrah sebenar) ialah mereka yang berhijrah daripada apa yang dilarang Allah (kepada perkara yang baik).” (Riwayat al-Bukhari).

Perubahan pada diri mesti bermula dari dalaman. Allah SWT menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.” (Surah al-Ra’d(13):11). Unsur-unsur dalaman manusia itu ialah akal, hati dan nafsu. Tiga unsur ini membentuk sistem nilai, keyakinan, tingkah laku dan sikap seseorang. Dengan kata lain, untuk mengubah sikap kita, kita perlu mengubah akal, hati dan nafsu.

Hati bolehlah diumpamakan sebagai ketua dalam kerajaan diri. Hati akan membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan seluruh anggota badan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati.” (Riwayat al-Bukhari).

Hati pula mendapat input daripada penasihatnya iaitu akal. Akallah yang memberi panduan untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi, tidak mencukupi hati sahaja yang baik, akal yang menasihat hati juga mesti baik. Jika tidak, akal akan memberi nasihat yang songsang kepada hati. Teruskan membaca

Posted in artikel | Tinggalkan komen

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Arafah atau dikenali juga dengan nama Arafat merupakan salah satu daripada tempat ibadat yang menjadi rukun kepada ibadah haji. Walaupun begitu, ada ulama yang membezakan dua sebutan tersebut yang mana Arafah merujuk kepada hari Arafah (kata singular) iaitu hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Manakala kalimah Arafat (kata plural) pula memberi makna nama tempat dan seluruh kawasan bumi Arafah tersebut seluas 10.4 km persegi, 22 km dari sebelah tenggara Masjidilharam.

Kali ini kita akan membicarakan tentang kelebihan-kelebihan hari Arafah yang banyak disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

1. Hari pembebasan daripada api neraka

Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Tiada hari yang padanya Allah SWT membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai daripada hari Arafah.” Allah Taala hampir dengan hamba-Nya dan berbangga dengan mereka. Allah berkata kepada para malaikat dengan berfirman yang bermaksud: “Apakah yang mereka mahu? (maka pintalah).” (Sahih Muslim) Teruskan membaca

Posted in artikel | Tinggalkan komen

Hikmah zakat

Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia.Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya.Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam.Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT: 1. Matlamat Agama Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103: Maksudnya: “Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)” Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya,hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan.

Posted in artikel | Tinggalkan komen

Ikut Nabi bukti cinta

Oleh MOHD. HISHAMUDDIN MANSOR

BERDASARKAN ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan.

Firman Allah SWT: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (al-Hasyr: 7)

Teruskan membaca

Posted in artikel | Tinggalkan komen